Akram Nordin
Salam apa khabar semua kepada pembaca blog akramkaichou.blogspot.com ni?Kalau sihat,Alhamdulillah.Kalau sakit,bersabarlah ya!Disini saya mahu share sebuah kisah yang diceritakan oleh senior saya ketika di sekolah namun mungkin ini akan saya olah balik menjadi cerita saya.Minta maaf wahai seniorku. Ceritanya berbunyi gini:

Pada suatu hari ada 2 orang sahabat.Saya panggil mereka berdua ni si A dan si B lah kalau senang.Si A dan Si B ni pulak 2 orang yang suka bersukan lalu 2 orang ni pun masuk selection bola.Tapi kalau setiap kali masuk ,Si B jer yang asyik dapat selection dan si A pulak asyik tak dapat.Apa lagi si A pun bengang larr"Apa ni asyik ko jer yang dapat masok,aku pown nk dapat gak!".si B pun jawab"Nak buat macam mana da rezeki aku".Si A pun keluar daripada team bola.

Hari berganti hari,Si A bermuhasabah diri lalu tiba-tiba terdetik dalam hati dia berkata"Aku ni kuat bersukan tapi aku rasa main bola tu bukan kelebihan aku.Apa erk kelebihan aku?"Akhirnya setelah duduk fikir memanjang dia berkata dalam hatinya."Aku rasa aku terer main badminton kot.Sebab kalau main match ngan orang bila free.aku asyik menang jer"(Berlagak jugak mamat ni)"Argh masuk badminton lah gini".Akhirnya Si A pergi selection dan dapat masuk pertandingan.Singles pulak tu.Kalau singles ni bolehlah tahan agaknya.

Pada hari pertandingan,Si A jadi johan dalam pertandingan ini.Pada masa yang sama juga,berlangsunglah tournament bola sepak yang pasukan Si B join.pasukan si B jadi johan dan si B jadi top scorer dalam tournament tu.Allah kasi win-win situation dekat si A dan si B.Dua-dua juara.
-End of story-

Berdasarkan cerita tadi,kita dapat tahu bahawa Allah itu Maha Adil.Tahukah saudara saudari sekalian yang setiap di antara kita diberi kelebihan yang tersendiri.Kadang-kadang kelebihan yang dapat dekat kita tu x dapat kat orang lain.Betapa adilnya Allah itu dalam memberi kelebihan terhadap kita agar kita bersyukur dengan apa yang kita ada. Banyak lagi perkara yang kita boleh lihat bahawa Allah itu Maha Adil.Ini baru satu contoh.Mungkin saudara saudari tahu lagi bukti yang menunjukkan Allah itu Maha Adil.Akhir kata, bersyukurlah kepada-Nya dengan kelebihan yang diberi kerana kelebihan itu adalah hidayah daripada Allah S.W.T sendiri.

0 Responses

Post a Comment