Akram Nordin
Assalamualaikum,salam sejahtera dan well HELLO! there world.Agaknya berapa lama erk blog nie jd sarang labah-labah,tikus,habuk-habuk dan mcm2 lg.Hari ni saya nak share pasal kata-kata orang tua zaman dulu-dulu.Kita selalu ckp bahawa kata-kata orang tua ni da x boleh pakai lagi tok zaman sekarang.Da lapuk katanya.Sbnarnya ada maksud tersirat dalam kata-kata dieorang ni.Contohnya:

  1. Jangan duduk atas bantal nanti punggung bisul.
  2. Jangan nyanyi kat dapur nnt dpt suami tua baru(untuk kaum Hawa)
  3. Jangan keluar sampai ke maghrib nanti kena sorok hantu.
Apa sebenarnya yg dieorang nak ckp ni?Jom check satu-satu:
  1. Bantal tu sebenarnya 2 gunanya letak kat kepala bukan kat punggung.apatah lagi kalau da terkentut.ada arr bau yang 'indah' terperangkap kat bantal.nnt nk tidur pown susah
  2. Tok menyanyi plak,orang tua cakap macam tu sebab suruh para kaum Hawa jaga kehormatan diri dan adab.Nak buat apa menyanyi kuat-kuat?Nak attract lelaki?Bukankah suara itu aurat.Bila dengar boleh keluar fitnah.
  3. Yang ketiga plak,nak buat apa keluar sampai ke maghrib.lagipun kan Allah S.W.T dah jadikan malam tu nk tok berehat dan berinteraksi dengan keluarga.Zaman sekarang nie sesetengah remaja suka sangat keluar malam-malam sampai ke awal pagi.Mak dengan ayah ditinggalkan lebihkan kawan.Bukan nak kata x boleh berkawan tapi kena balancekan pergaulan 2.sapa yang paling patut kita taat selain Allah dan Rasul? Ibu bapa kan?

Saya ulangi bahawa orang tua cakap macam tu sbb ada pengajaran di sebalik itu.Pandanglah kata-kata itu ke arah perspektif yang positif.A positive perspective can bring happiness in ourselves.Mungkin saudara-saudari sekalian boleh share apa lagi kata-kata orang tua dan kita boleh analisis pengajaran yang dapat kat kata-kata dieorang nie.