Akram Nordin
Setelah 2 tahun diriku bertempur dengan ujian-ujian di CFSIIUM.Quiz-quiz,assignment-assignment,tutorial-tutorial,dan apa-apa saja di CFS telah ku tempuhi.Kini perkataan yang sangat manis tetapi pahit sudah memanggil."Graduasi" itulah perkataannya.Manis tetapi pahit.Manisnya perkataan ini kerana diriku ini bakal menghabiskan perjuanganku di CFSIIUM PJ ini dan bersambung ke UIA GOMBAK.Pahitnya perkataan ini kerana bumi yang ku ditarbiyah ini akan ku tinggalkan.Bumi CFS inilah memberi kenangan manis.Akan ku rindui talaqi Ustaz Muhadir,ENGENIUS,lecturer-lecturer,pak guard,mak guard,cafe-cafe dan sahabat-sahabat yang akan ke Kuantan.

Apa boleh ku buat?Setiap registration pasti akan ada graduation.Perpisahan itu tidak dapat dielakkan.Namun sebagai makhluk Allah yang hina ini,perlulah ku tempuhi demi menjadi muslim yang sejati.Diriku akan bergerak ke bumi yang mencabar dan tidak terjaga.Banyak khabaran ku dengar di sana.Ya Allah,Engkau kuatkanlah hatiku ini demi menempuh ujianmu.Ya Allah bantulah aku agar amalanku ini sentiasa beristiqamah sejak ku di CFSIIUM lagi.

Buat sahabat-sahabat yang akan ke Kuantan, ingatlah kita bertemu dan berpisah kerana Allah.Tajdidkanlah niat anda agar ukhwah ini adalah ukhwah fillah abadan abada.Graduasi bukanlah pemutus ukhwah kita ini kerana doalah yang merapatkan ukhwah kita.Ingatkanlah diriku ini agar sentiasa berdoa kepada dirimu kerana diriku hanyalah ciptaan Allah yang berasal dari perkataan pelupa.

Buat sahabat-sahabat yang akan ke Gombak, kita akan berjumpa lagi.Moga-moga kita bersama tempuh ujian Allah ini dengan hati yang tabah.Tanamlah tanah-tanah pemikiranmu dengan kefahaman dan pegangan-pegangan Islam kerana ilmu itu tidaklah disampai ketika di kampus tetapi dimana-mana dan tidak kira masa.

Buat diriku ini,cubalah ikut dan taat ke atas taklifat-taklifat yang sudah diberikan.Ikhlaskanlah niatmu wahai Muhammad Akramuddin bin Mohd Nordin agar amalan ini untuk memperhambakan diri kepada Allah dan tidak kepada tanggungjawab.

Akhir blog ini,hayati lirik lagu Cebisan Kenangan ini:

ukhwah yang terbina persis sekuntum bunga
meski pun kini kita terpisah demi kasih-Nya
namun cebisan kenangan kita
sentiasa bermain di bayangan mata
detik waktu yg berlalu
menjadi memori kau dan aku

sewaktu kita bersama saling setia menimba ilmu
tanpa mengeal erti penat jemu
igatkah kau lagi
kita bersama memijak onak duri
ditanah gersang mengutip semangat suci
kini segalanya tersurat dalam sanubari

bersabarlah dengan ketetentuan-Nya
ada rahmat yg tersembunyi
bertemu berpisah kerana Allah
lumrah kehidupan insan beriman
moga saat nan indah
ku harap berulang lagi


Kenangan yang terindah ini akan ku cuba ingat selamanya......................