Akram Nordin
14/11/2011 genaplah umur aku menjadi 20.Umurku sudah dewasa.Bila dah jadi 20 ni,ada orang kata mesti da matured.Da tau baik buruk.So kena arr ad azam bru bila dh jd 20 tahun ni.

Azam utama: Belajar balik nak organisekan diri yang x terurus ni.
Azam paling utama: Tingkatkan IBADAH.(Hidup ini hanyalah untuk ibadah)
Azam kedua: Jaga akademik.

Moga2 tercapai arr azam aku yg aku buat sendiri ni.Pesanan diri dan anda ialah

SEMAKIN BERUMUR KITA SEMAKIN MENGHAMPIRI AJAL MAUT KITA.JANGAN LUPA MATI X KENAL USIA.GUNALAH HIDUP DENGAN CARA YANG BETUL.
Akram Nordin

Jumaat 10/6/2011 yang lalu, Allah telah mengizinkan saya untuk menghadiri satu ceramah bersempena dengan Program 'My Heart' by Ustaz Raihan di Surau Al-Ittifaq , Taman Keramat Permai. Ceramah ni banyak menekan bahawa pentingnya kita menjaga hati kita.

Reasons?

Okay let start dengan apa yang saya dapat walaupun tidak banyak sangat dapat ditangkap:

1. Hati itu ibarat raja yang mentadbir seluruh jasad.
Sahabat dan sahabiah saya mesti pernah dengar hadith Rasulullah S.A.W yang bersabda:

"Ketahuilah bahwa didalam tubuh manusia itu terdapat segumpal daging. Apabila baik daging itu, maka seluruh tubuh menjadi baik. Dan apabila rusak daging itu, maka akan rusak seluruh tubuh. Sesungguhnya daging dimaksud adalah hati".

Nak kata dekat sini,hati mengawal jasad kita.Sekiranya kita x bimbing hati kita dengan betul,

2. Berlakunya pertarungan antara roh dan nafsu dalam hati

Roh dengan nafsu memang tidak sebulu.Nafsu sentiasa diiringi oleh Syaitan yang sentiasa cuba menyesatkan manusia dengan godaan dunia.Kalau tenaga nafsu ialah Syaitan.Bagaimana roh nak lawan balik tenaga nafsu tu? Hohoho.Kitalah yang kena bagi tenaga dekat roh dengan sentiasa memperbanyakkan amalan kita kepada Allah.



Dalam ceramah tu juga, Ustaz bagitahu ada perkara yang baik kalau kita excessive buat boleh jadi penyakit hati yang saya ingat:

1. Banyak makan.

Yup.Banyak makan.Kenapa? Cuba kita try fikir secara saintifik.Bila makan banyak,kita akan terlalu kenyang.Bila terlalu kenyang,kita jadi MALAS.Malas nak bergerak,malas nak buat kerja,malas tu,malas ni dan apa-apa kaitan dengan MALAS.Then berlakulah kelalaian untuk beribadat.Rasulullah S.A.W pernah menasihatkan kita cara nak makan ialah 1/3 untuk makanan,1/3 untuk minuman, dan 1/3 untuk angin.

2.Banyak cakap.

Rasulullah S.A.W bersabda kepada kita:

"Sesiapa yang banyak bercakap banyaklah kesalahannya, sesiapa yang banyak kesalahannya banyaklah dosanya, api nerakalah yang layak untuk dirinya." (Hadis riwayat Baihaqi).

Maka eloklah kita diam dan jaga lidah kita dengan sebaiknya.Hal ini kerana lidah ini ibarat pedang yang tajam.Andai kita banyak bercakap,kita sendiri akan terkena juga akhirnya dengan apa kita cakap.

3.Marah.

Marah itu boleh tapi ikut keadaan mana yang boleh marah.Kalaulah kita marah dengan perkara yang tidak sepatutnya dimarahi boleh mengundang bahaya.Kadang-kadang banyak marah boleh bawa banyak penyakit.Marah yang dibolehkan menurut apa yang Rasulullah S.A.W kata ialah ketika maruah agama Islam tercalar.Rasulullah S.A.W telah beritahu kita kalau kita terlalu marah,cara yang paling mudah ialah berwudhu' kerana bila kita marah,syaitan menggoda kita lagi dan sesungguhnya syaitan dicipta daripada api dan cara menghilangkan api ialah dengan air.

Di dalam ceramah itu ada diberitahu ada 5 perkara yang boleh mengubat hati namun saya susun mengikut potongan lirik lagu Tombo Ati iaitu:

Yang pertama,baca Al-Quran dan maknanya
Yang kedua, solat malam dirikanlah
Yang ketiga, Berkumpulah dengan orang soleh
Yang keempat, perbanyaklah berpuasa
Yang kelima, dzikir malam berpanjanglah

Salah satunya siapa bisa menjalani
Moga-moga gusti ALLAH mencukupi


Kesimpulannya yang saya dapat huraikan ialah apa-apa yang berlaku,ia bermula dengan hati.Sekiranya kita tidak jaga hati,maka rosaklah kehidupan.Banyakkanlah amalan.Insya-Allah,Allah membantu kita untuk beristiqamah ke arah jalan untuk mendapat syurga.


Akram Nordin
Salam kepada semua yang menziarahi blog saya, bersyukur kepada Allah yang menjadikan ala mini, menjadikan rezeki dan berbagai nikmat kepada manusia. Selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad saw. Jawapan bagi persoalan yang telah dikemukakan oleh pengunjung blog ini iaitu batas pergaulan antara sepupu atau anak-anak bapa dan ibu saudara.

Sepupu atau anak-anak sebelah bapa dan ibu saudara tidak termasuk dalam kategori mahram, kerana sepupu ini dikategorikan boleh berkahwin. Firman Allah yang bermaksud :

"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka atau saudara-saudara mereka atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam atau hamba-hamba mereka atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya. " (Al-Nur : 31)

Dari ayat yang dinyatakan di atas ini, tidak ada sepupu atau anak-anak dari bapa atau ibu saudara, maka aurat dan batas pergaulan antara sepupu lelaki dan sepupu perempuan sepertimana bukan mahram. Aurat bukan mahram bagi lelaki ialah antara lutut sehingga pusat dan perempuan seluruh anggota badannya kecuali tapak tangan dan mukanya sahaja. Bagi lelaki walaupun batas auratnya antara lutut sehingga pusatnya, maka lebih baiklah ia berpakaian sempurna sebagai adab mendepani tetamu dan perempuan yang bukan mahram, takut berlakunya fitnah atau apa-apa perasaan tidak sepatutnya.

Pergaulan antara sepupu lelaki dan sepupu perempuan mestilah dibataskan, kerana haram mereka bersentuhan antara mereka kerana mereka ini boleh berkahwin sebagai pasangan suami isteri. Firman Allah yang bermaksud :

“Diharamkan kepada kamu berkahwin dengan (perempuan yang berikut) ibu-ibu kamu, anak-anak kamu, saudara-saudara kamu, saudara bapa kamu, saudara-saudara ibu kamu, anak-anak saudara kamu yang perempuan, ibu-ibu susu atau yang menyusukan kamu, saudara-saudara susuan kamu, ibu-ibu isteri kamu, anak-anak tiri dalam peliharaan kamu dari isteri yang telah kamu setubuhi (melaikan kamu belum mensetuhi isteri kamu dan menceraikan mereka), bekas isteri-isteri anak kamu yang berasal dari benih kamu, haram kamu menghimpunkan dua beradik sekali (untuk menjadi isteri-isteri kamu), kecuali yang telah berlaku dimasa dahulu, sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” (Al-Nisa : 23)

Dari ayat Al-Quran di atas ini, dapat difahamkan bahawa sepupu dibolehkan kawin dengan sepupu yang lain. Maka sepupu merupakan bukan mahram dan auratnya sepertimana perempuan-perempuan atau lelaki-lelaki mahram yang lain. Sebagai umat Islam yang taat kepada perintah Allah dan Rasulnya, maka hal ini perlu dijaga batas-batas pergaulan antara sepupu-sepupu. Siksaannya amat berat bagi orang yang melanggar larangan Allah dan Rasulnya

Sumber:
Akram Nordin
26/5/2011.Approximate time: Lepas zohor

Pada petang yang panas di Rengit,Batu Pahat,Johor(kampungku),Aku telah mempersiapkan diriku untuk ke kebun demi membantu ayah aku dan menimba pengalaman berkebun di ladang pisang bersebelahan rumah datukku.Diriku yang berpakaian lusuh dan parang yang dililit di pinggang sudah bersedia untuk ke kebun.

26/5/2011.Approximate time: 2.30-2.45 p.m

Pembantu rumah(Kak Irma) meminta bantuan ayahku untuk membangunkan atukku.Aku pula keseorangan menunggu ayahku.Tapi,tunggu punya tunggu,aku mengambil keputusan untuk ke kebun seorang diri.

26/5/2011.Approximate time: 2.45-3.00p.m

Sambil mengelamun dan mencantas daun pisang yang kering,Ayah menyuruh aku pulang ke rumah via Kak Irma.Apabila dipanggil,hatiku ini menjadi lain semacam.Seolah-olah kesedihan menimpa.

26/5/2011.Approximate time: 3.00 p.m

Ayah meminta aku sedekahkan surah Ar-Ra'd kepada atuk aku sambil mengajar atuk aku mengucap syahadah.Sambil membaca,aku melihat wajah atuk semakin pucat.Adakah masa atukku sudah tiba? Aku cuma berserah kepada-NYA sahaja.

26/5/2011.Approximate time: 3.30-7.00 p.m

Hampir semua family sudah sampai ke rumah atukku.Everyone there sedekahkan yaasin dan beberapa ayat-ayat Al-Quran kepada atukku.Ada yang mengajar mengucap termasuk diriku juga.

26/5/2011 Approximate time:7.30-7.45 p.m

Setelah solat maghrib,Ayahku dan pakcik-ku ajar mengucap lagi sekali.Kali ini,baru aku sedar Allah S.W.T lebih menyayangi atuk ku lalu memanggil Malaikat Izrail mencabut nyawanya.Kerana takut,aku memaling wajah aku ke arah lain kerana buat pertama kali aku melihat depan mata bagaimana sakitnya menghadapi mati.

26/5/2011.7.45 p.m

Atukku telah menghembuskan nafasnya yang terakhir bagi menghadap Yang Maha Agung.Perasaan sedih menusuk dihatiku namun sebagai hamba-Nya yang masih hidup,aku kena teruskan hidup ini.Yang pergi tetap pergi,yang hidup kena teruskan hidup sebagai khalifah di muka bumi ini.



26/5/2011 merupakan detik sedih bagi hidup aku.Aku kehilangan datuk yang ku sayangi.Banyak kenangan yang aku x pernah lupakan.Ketika aku demam,dia concern.Semasa aku masih budak kecil,pernah sekali dia bermain bola bersama adik-beradikku.Moga-moga roh Atuk aku dicucuri rahmat oleh Allah s.w.t.

Semasa talkin dibaca oleh tok Imam masjid,Insya-Allah aku akan ingat sampai bila-bila ayat ni."MATI itu BENAR".

Aku akhiri post ini dengan video by Anwar Hadi.Buang yang keruh ambil jernih daripada video ini.

Akram Nordin
Pernahkah anda menonton filem Kung Fu Panda?If yes.Petik jari.If no.silalah tonton ye!!!!

Bagi yang dah tengok cerita 2 mesti korang tau ada suatu babak bila mana Po the Panda mendapat scroll yang dikatakan akan mendapat kuasa yang terulung untuk menyelamatkan dunia daripada diserang oleh Tai Lung.Namun apabila dibuka,cumalah sebuah cermin kosong yang sudah digulung.Tidak ada tulisan,tidak ada kata-kata hikmat.KOSONG!!! ZERO!!! NOTHING!!!.

Dengan perasaan dukacita,tuan gurunya mengarahkan Po bantu rakan-rakanya mengosongkan kampung halaman sebelum diserang oleh Tai Lung dan hanya tuan gurunya yang boleh melawannya.Ketika Po sampai ke kampung halaman,ayahnya meminta Po untuk meneruskan tradisi keluarganya untuk menjual mee yang sedap.Sambil memujuk anaknya yang dukacita,ayah Po memberitahu ramuan rahsia masakan mee yang dibuatnya.Ayahnya berkata bahawa tiada rahsia ramuannya, hanya usaha dan kasih sayang dalam mee tu.

Bila Po dengar apa yang dikata oleh ayahnya,dia berfikir lalu membuka scroll yang hanya mempunyai cermin yang kosong.Dia sedar bahawa apa yang scroll itu ingin beritahu.Iaitu percaya terhadap diri sendiri yang anda boleh lakukannya.

Selepas mendapat itu, dia menuju ke tempat dia belajar Kung Fu untuk mengalahkan Tai Lung setelah dia tahu bahawa tuan gurunya telah tewas dalam pertempuran tersebut.Tai Lung terus menuju ke arah apabila mendapat tahu Po mempunyai scroll kuasa terulung tersebut.Maka berlakulah pertempuran antara mereka berdua untuk mendapatkan scroll tersebut.Malang tidak berbau terjadi apabila Tai Lung dapat mendapat scroll itu.TUNGGU!!! cerita x habis lagi.Apabila Tai Lung membuka scroll itu,dia hanya melihat sebuah cermin yang kosong.Dia rasa dirinya tertipu lalu Po beritahu apa maksud tersirat yang ingin scroll itu katakan.Kemarahan Tai Lung semakin membara apabila dapat tahu dirinya tertipu lalu terus mengasak Po.Namun,Po dengan mudah berjaya mengalahkan Tai Lung.After that,kampung halamannya selamat.

-End of Story-

Apa yang saya nak sampaikan ialah pengajaran yang dapat daripada babak cerita tersebut.Iaitu the power of 'BELIEVE THAT YOU CAN DO IT'.Pernahkah anda gagal dalam mendapatkan suatu yang anda inginkan? Mestilah pernah.Tidak ada seorang pun yang tidak pernah gagal dalam hidup dan tidak ada seorang pun nak kegagalan itu berulang.In order to that,we must believe that we can do it even if we try over and over again.Even if you tired,there is someone can help go through with it especially Allah S.W.T,Our Almighty Teacher and Helper.Therefore let us try build our confidence in ourselves and enjoy your life






Akram Nordin
Perspektif jodoh yang SALAH:

1.Jodoh tidak perlu dicari

2.Perempuan hanya menunggu

3.Perempuan tiada banyak pilihan, sebaliknya lelaki banyak pilihan

4.Alang-alang sudah terlanjur,diteruskan sahaja kerana tidak mungkin lagi untuk menemui lelaki/perempuan yang baik

5.Pasangan yang banyak perbezaan,tidak kekal dalam perhubungan

6.Perlu bercinta sebelum kahwin

7.Pasangan yang bercinta perlu merapatkan hubungan dengan sentiasa ber'SMS' dan berjumpa

8.Janji manis pasangan harus dipercayai.Contohnya seorang lelaki yang berkata kepada teman wanitanya, "I tidak ada harta,tetapi I ada cinta"

9.Contoh yang lain: " I tidak akan usik U sebelum kita nikah"

Correction dari yang atas kepada BETUL:

1.Allah S.W.T menyuruh manusia berusaha

2.Sayidatina Siti Khadijah meminang Rasulullah S.A.W

3.Perempuan berhak memilih

4.Allah sentiasa membuka pintu taubat kepada hamba-Nya

5.Perbezaan boleh menjadikan pasangan saling lengkap-melengkapi

6.Ramai pasangan yang bercinta gagal ke gerbang perkahwinan atau perkahwinan tidak kekal.Islam menganjurkan cinta selepas kahwin

7.Selagi belum berkahwin,syariat membataskan hubungan antara pasangan. Mereka tidak dibenarkan bebas berjumpa atau ber'SMS' sehingga melalaikan

8.Lelaki demikian sebenarnya tidak bertanggungjawab kerana tidak bekerja keras mengumpul kewangan untuk menyara bakal pasangannya.Hidup berumah tangga memerlukan banyak tanggungjawab yang perlu disempurnakan termasuk menyedian keperluan untuk ahli keluarga.Semuanya memerlukan belanjawan.

9.Dengan sebab wanita mempercayai lelaki, dia mula mengikuti pasangannya ke mana sahaja yang dibawa. Oleh itu, tidak hairanlah apabila realiti menunjukkan ramai pasangan sebegini akhirnya terjebak dalam kancah penzinaan.

Sumber: Solusi isu 31
Akram Nordin
Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Kali ni saya nak share sebuah novel yang saya baca setelah membeli novel tersebut di Book Fair pada hari Sabtu (30/4/2011) yang lalu.Novel yang berjudul Perang Khaibar karya Abdul Latip Taib sangat memberi pengajaran tentang salah satu kisah dalam sirah Rasulullah S.A.W yang kita hampir atau betul-betul sudah kita lupa pada zaman sekarang.


Tahukah anda?


Perang Khaibar berlaku dalam masa gencatan senjata ketika termeterainya Perjanjian Hudaibiyyah di antara Kaum Muslimin di Madinah yang di wakili oleh Rasulullah S.A.W dan Kaum Quraisy di Mekah.

Setelah berakhirnya Perang Khandaq atau Perang Ahzab, kaum lelaki Yahudi Bani Quraizah telah dihukum bunuh akibat pengkhianatan terhadap penduduk Madinah.Kaum Yahudi Bani Nadhir pula tidak berpuas hati dengan kekalahan yang dihadapi lalu meminta bantuan kaum Yahuni di Khaibar untuk menyerang semula kota Madinah.Namun begitu,berita tersebut telah sampai ke pengetahuan Rasulullah S.A.W.Rasulullah S.A.W telah mengarahkan 1600 tentera untuk bersiap sedia ke Khaibar yang dipimpin oleh Rasulullah S.A.W.

Setelah tibanya di Khaibar, Saidina Ali r.a telah diberi amanat oleh Rasulullah S.A.W sebagai pemegang panji peperangan tersebut.Khaibar merupakan kubu kuat kepada kaum Yahudi di Tanah Arab.Ia dikatakan oleh kaum Yahudi bahawa kota tersebut mengambil masa bertahun-tahun untuk ditawan.Kota tersebut mempunyai beberapa benteng yang perlu ditembusi serta mempunyai senjata berbahaya iaitu manjaniq(trebuchet) pada zaman tersebut.
Walaubagaimanapun dengan kuasa Allah S.W.T,setiap benteng telah ditawan dan umat Islam menang dalam peperangan dengan casualties yang kurang.

Setelah Khaibar ditawan,kaum Khaibar telah meminta kepada Rasulullah S.A.W untuk keluar dari Khaibar sehelai sepinggang tetapi atas keperibadian Rasulullah S.A.W yang mulia,Baginda memberi mereka menetap di Khaibar dengan syarat penduduk khaibar perlu separuh daripada hasil pendapatan kepada umat Islam.Selepas daripada itu, novelis menceritakan misi kedamaian Rasulullah S.A.W ke kampung-kampung kaum Yahudi yang lain.

Novel ini berakhir dengan kisah Khalid bin Al-Walid menerima hidayah daripada Allah untuk memeluk agama Islam setelah melihat keperibadian Rasulullah S.A.W ketika Baginda menunaikan umrah di Mekah.

Banyak pengajaran yang telah dapat ketika membaca novel ini antaranya ialah sifat pemaaf Rasulullah S.A.W ketika berakhirnya perang Khaibar,strategy yang bijak dan kebergantungan kepada Allah S.W.T dalam keadaan yang terdesak.

Saya akan me'rate'kan novel ini 10/10 kerana susunan perkataan yang boleh difahami dan jalan cerita yang menarik.Kepada sesiapa yang belum beli lagi,belilah dan anda boleh mengetahui betapa indahnya keperibadian Rasulullah S.A.W.