Akram Nordin
Assalamualaikum.Apa khabar?Sihat belaka deyh anda semua sekarang ni.Alhamdulillah.Kali ini dalam post blog saya,saya ingin bercerita salah seorang ulama' yg sgt mencintai ilmu.

Ceritanya berbunyi gini:

Pada suatu hari,ada seorang raja Bukhara yg bernama Nuh Bin Mansur.Baginda menghidap satu penyakit lalu baginda memanggil tabib-tabib baginda.Namun,setiap tabib-tabib baginda gagal merawat penyakit baginda.Tiba-tiba ada seorang pemuda yang berusia 17 tahun datang menghadap ke baginda lalu dia meyakinkan baginda bahawa penyakit baginda akan sembuh dengan tawarannya.

Akhirnya, Raja Nuh bin Mansur sudah sembuh daripada penyakit yang dihidapnya.Selepas itu,baginda memanggil pemuda tersebut.Baginda berkata "Beta sungguh gembira kerana kembali sihat seperti sekarang.Sesungguhnya engkau wajar diberi ganjaran.Apakah yang engkau inginkan?Nyatakan sahaja,beta akan tunaikan".Namun pemuda itu diam sahaja.

"Adakah kamu mahu berkahwin dengan puteriku yang cantik itu?".Raja Nuh berkata.Si pemuda itu geleng kepalanya sebagai signal untuk tidak."Kamu ingin harta yang banyak?".Si pemuda pun geleng juga."Jawatan tinggi?" pun digelengnya juga."Jadi apa yang engkau inginkan?".

Lalu si pemuda pun jawab."Patik ingin meminta kebenaran Tuanku untuk mengizinkan patik membaca kesemua buku-buku yang ada di dalam Perpustakaan Negara".Permintaan itu Raja Nuh tunaikan walaupun para pembesar tergamam dengan apa yang pemuda itu kata.

Sebenarnya,kisah pemuda ini kisah benar.Pemuda ini telah menerbitkan sebuah buku yang berjudul "The Canon of Medicine".Nak tau siapa dia.Dalam Eropah,orang panggil die Aviecienna.Kalau Arab,Ibnu Sina iaitu tokoh perubatan Islam terkenal di dunia.

Persoalannya yang bermain di minda kami,kenapa beliau ingin sangat membaca? Ada apa dalam buku?Padahal itu cumalah kertas yang dikumpul dan diisi dengan tulisan sahaja.Sebenarnya,Ibnu Sina samalah seperti ulama' terkemuka yang lain iaitu beliau sangat mencintai ilmu.Hal ini kerana dengan ilmulah kita berjaya.Tanpa ilmu kita tidak berguna.

Cuba kita lihat para pemimpin negara kita,bolehkah mereka memimpin negara tanpa ilmu?Confirmlah tidak!!!!.Kalau takde ilmu,nescaya negara jadi mundur due to pemimpin yang kurang ilmu.Kita kena ingat setiap manusia adalah pemimpin.Tidak kira anda seorang lelaki ataupun perempuan.Anda adalah pemimpin dan seorang pemimpin perlu kepada ilmu.Rasulullah S.A.W sendiri pernah bersabda:
"Menuntut ilmu adalah kewajipan bagi setiap muslim".

So,tidak dapat tidak.wajiblah kita menuntut ilmu, apatah lagi ilmu-ilmu tentang Islam kerana Islam itu bersifat menyeluruh dan setiap perkara dari kecil hingga besar perlu di"relate"kan dengan Islam.

Kalau diikutkan zaman sekarang ini,terlalu banyak kemudahan yang dah diberikan kepada kita supaya menuntut ilmu.Hmmm, internet,surat khabar, dan macam-macam sumber lagi sudah diberikan kepada kita agar menuntut ilmu.Jadi, tidak ada alasan bagi kita untuk tidak menuntut ilmu.

-Leaders are Readers-
Akram Nordin
Salam apa khabar semua kepada pembaca blog akramkaichou.blogspot.com ni?Kalau sihat,Alhamdulillah.Kalau sakit,bersabarlah ya!Disini saya mahu share sebuah kisah yang diceritakan oleh senior saya ketika di sekolah namun mungkin ini akan saya olah balik menjadi cerita saya.Minta maaf wahai seniorku. Ceritanya berbunyi gini:

Pada suatu hari ada 2 orang sahabat.Saya panggil mereka berdua ni si A dan si B lah kalau senang.Si A dan Si B ni pulak 2 orang yang suka bersukan lalu 2 orang ni pun masuk selection bola.Tapi kalau setiap kali masuk ,Si B jer yang asyik dapat selection dan si A pulak asyik tak dapat.Apa lagi si A pun bengang larr"Apa ni asyik ko jer yang dapat masok,aku pown nk dapat gak!".si B pun jawab"Nak buat macam mana da rezeki aku".Si A pun keluar daripada team bola.

Hari berganti hari,Si A bermuhasabah diri lalu tiba-tiba terdetik dalam hati dia berkata"Aku ni kuat bersukan tapi aku rasa main bola tu bukan kelebihan aku.Apa erk kelebihan aku?"Akhirnya setelah duduk fikir memanjang dia berkata dalam hatinya."Aku rasa aku terer main badminton kot.Sebab kalau main match ngan orang bila free.aku asyik menang jer"(Berlagak jugak mamat ni)"Argh masuk badminton lah gini".Akhirnya Si A pergi selection dan dapat masuk pertandingan.Singles pulak tu.Kalau singles ni bolehlah tahan agaknya.

Pada hari pertandingan,Si A jadi johan dalam pertandingan ini.Pada masa yang sama juga,berlangsunglah tournament bola sepak yang pasukan Si B join.pasukan si B jadi johan dan si B jadi top scorer dalam tournament tu.Allah kasi win-win situation dekat si A dan si B.Dua-dua juara.
-End of story-

Berdasarkan cerita tadi,kita dapat tahu bahawa Allah itu Maha Adil.Tahukah saudara saudari sekalian yang setiap di antara kita diberi kelebihan yang tersendiri.Kadang-kadang kelebihan yang dapat dekat kita tu x dapat kat orang lain.Betapa adilnya Allah itu dalam memberi kelebihan terhadap kita agar kita bersyukur dengan apa yang kita ada. Banyak lagi perkara yang kita boleh lihat bahawa Allah itu Maha Adil.Ini baru satu contoh.Mungkin saudara saudari tahu lagi bukti yang menunjukkan Allah itu Maha Adil.Akhir kata, bersyukurlah kepada-Nya dengan kelebihan yang diberi kerana kelebihan itu adalah hidayah daripada Allah S.W.T sendiri.