Akram Nordin

Jumaat 10/6/2011 yang lalu, Allah telah mengizinkan saya untuk menghadiri satu ceramah bersempena dengan Program 'My Heart' by Ustaz Raihan di Surau Al-Ittifaq , Taman Keramat Permai. Ceramah ni banyak menekan bahawa pentingnya kita menjaga hati kita.

Reasons?

Okay let start dengan apa yang saya dapat walaupun tidak banyak sangat dapat ditangkap:

1. Hati itu ibarat raja yang mentadbir seluruh jasad.
Sahabat dan sahabiah saya mesti pernah dengar hadith Rasulullah S.A.W yang bersabda:

"Ketahuilah bahwa didalam tubuh manusia itu terdapat segumpal daging. Apabila baik daging itu, maka seluruh tubuh menjadi baik. Dan apabila rusak daging itu, maka akan rusak seluruh tubuh. Sesungguhnya daging dimaksud adalah hati".

Nak kata dekat sini,hati mengawal jasad kita.Sekiranya kita x bimbing hati kita dengan betul,

2. Berlakunya pertarungan antara roh dan nafsu dalam hati

Roh dengan nafsu memang tidak sebulu.Nafsu sentiasa diiringi oleh Syaitan yang sentiasa cuba menyesatkan manusia dengan godaan dunia.Kalau tenaga nafsu ialah Syaitan.Bagaimana roh nak lawan balik tenaga nafsu tu? Hohoho.Kitalah yang kena bagi tenaga dekat roh dengan sentiasa memperbanyakkan amalan kita kepada Allah.



Dalam ceramah tu juga, Ustaz bagitahu ada perkara yang baik kalau kita excessive buat boleh jadi penyakit hati yang saya ingat:

1. Banyak makan.

Yup.Banyak makan.Kenapa? Cuba kita try fikir secara saintifik.Bila makan banyak,kita akan terlalu kenyang.Bila terlalu kenyang,kita jadi MALAS.Malas nak bergerak,malas nak buat kerja,malas tu,malas ni dan apa-apa kaitan dengan MALAS.Then berlakulah kelalaian untuk beribadat.Rasulullah S.A.W pernah menasihatkan kita cara nak makan ialah 1/3 untuk makanan,1/3 untuk minuman, dan 1/3 untuk angin.

2.Banyak cakap.

Rasulullah S.A.W bersabda kepada kita:

"Sesiapa yang banyak bercakap banyaklah kesalahannya, sesiapa yang banyak kesalahannya banyaklah dosanya, api nerakalah yang layak untuk dirinya." (Hadis riwayat Baihaqi).

Maka eloklah kita diam dan jaga lidah kita dengan sebaiknya.Hal ini kerana lidah ini ibarat pedang yang tajam.Andai kita banyak bercakap,kita sendiri akan terkena juga akhirnya dengan apa kita cakap.

3.Marah.

Marah itu boleh tapi ikut keadaan mana yang boleh marah.Kalaulah kita marah dengan perkara yang tidak sepatutnya dimarahi boleh mengundang bahaya.Kadang-kadang banyak marah boleh bawa banyak penyakit.Marah yang dibolehkan menurut apa yang Rasulullah S.A.W kata ialah ketika maruah agama Islam tercalar.Rasulullah S.A.W telah beritahu kita kalau kita terlalu marah,cara yang paling mudah ialah berwudhu' kerana bila kita marah,syaitan menggoda kita lagi dan sesungguhnya syaitan dicipta daripada api dan cara menghilangkan api ialah dengan air.

Di dalam ceramah itu ada diberitahu ada 5 perkara yang boleh mengubat hati namun saya susun mengikut potongan lirik lagu Tombo Ati iaitu:

Yang pertama,baca Al-Quran dan maknanya
Yang kedua, solat malam dirikanlah
Yang ketiga, Berkumpulah dengan orang soleh
Yang keempat, perbanyaklah berpuasa
Yang kelima, dzikir malam berpanjanglah

Salah satunya siapa bisa menjalani
Moga-moga gusti ALLAH mencukupi


Kesimpulannya yang saya dapat huraikan ialah apa-apa yang berlaku,ia bermula dengan hati.Sekiranya kita tidak jaga hati,maka rosaklah kehidupan.Banyakkanlah amalan.Insya-Allah,Allah membantu kita untuk beristiqamah ke arah jalan untuk mendapat syurga.


Akram Nordin
Salam kepada semua yang menziarahi blog saya, bersyukur kepada Allah yang menjadikan ala mini, menjadikan rezeki dan berbagai nikmat kepada manusia. Selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad saw. Jawapan bagi persoalan yang telah dikemukakan oleh pengunjung blog ini iaitu batas pergaulan antara sepupu atau anak-anak bapa dan ibu saudara.

Sepupu atau anak-anak sebelah bapa dan ibu saudara tidak termasuk dalam kategori mahram, kerana sepupu ini dikategorikan boleh berkahwin. Firman Allah yang bermaksud :

"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka atau saudara-saudara mereka atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam atau hamba-hamba mereka atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya. " (Al-Nur : 31)

Dari ayat yang dinyatakan di atas ini, tidak ada sepupu atau anak-anak dari bapa atau ibu saudara, maka aurat dan batas pergaulan antara sepupu lelaki dan sepupu perempuan sepertimana bukan mahram. Aurat bukan mahram bagi lelaki ialah antara lutut sehingga pusat dan perempuan seluruh anggota badannya kecuali tapak tangan dan mukanya sahaja. Bagi lelaki walaupun batas auratnya antara lutut sehingga pusatnya, maka lebih baiklah ia berpakaian sempurna sebagai adab mendepani tetamu dan perempuan yang bukan mahram, takut berlakunya fitnah atau apa-apa perasaan tidak sepatutnya.

Pergaulan antara sepupu lelaki dan sepupu perempuan mestilah dibataskan, kerana haram mereka bersentuhan antara mereka kerana mereka ini boleh berkahwin sebagai pasangan suami isteri. Firman Allah yang bermaksud :

“Diharamkan kepada kamu berkahwin dengan (perempuan yang berikut) ibu-ibu kamu, anak-anak kamu, saudara-saudara kamu, saudara bapa kamu, saudara-saudara ibu kamu, anak-anak saudara kamu yang perempuan, ibu-ibu susu atau yang menyusukan kamu, saudara-saudara susuan kamu, ibu-ibu isteri kamu, anak-anak tiri dalam peliharaan kamu dari isteri yang telah kamu setubuhi (melaikan kamu belum mensetuhi isteri kamu dan menceraikan mereka), bekas isteri-isteri anak kamu yang berasal dari benih kamu, haram kamu menghimpunkan dua beradik sekali (untuk menjadi isteri-isteri kamu), kecuali yang telah berlaku dimasa dahulu, sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” (Al-Nisa : 23)

Dari ayat Al-Quran di atas ini, dapat difahamkan bahawa sepupu dibolehkan kawin dengan sepupu yang lain. Maka sepupu merupakan bukan mahram dan auratnya sepertimana perempuan-perempuan atau lelaki-lelaki mahram yang lain. Sebagai umat Islam yang taat kepada perintah Allah dan Rasulnya, maka hal ini perlu dijaga batas-batas pergaulan antara sepupu-sepupu. Siksaannya amat berat bagi orang yang melanggar larangan Allah dan Rasulnya

Sumber:
Akram Nordin
26/5/2011.Approximate time: Lepas zohor

Pada petang yang panas di Rengit,Batu Pahat,Johor(kampungku),Aku telah mempersiapkan diriku untuk ke kebun demi membantu ayah aku dan menimba pengalaman berkebun di ladang pisang bersebelahan rumah datukku.Diriku yang berpakaian lusuh dan parang yang dililit di pinggang sudah bersedia untuk ke kebun.

26/5/2011.Approximate time: 2.30-2.45 p.m

Pembantu rumah(Kak Irma) meminta bantuan ayahku untuk membangunkan atukku.Aku pula keseorangan menunggu ayahku.Tapi,tunggu punya tunggu,aku mengambil keputusan untuk ke kebun seorang diri.

26/5/2011.Approximate time: 2.45-3.00p.m

Sambil mengelamun dan mencantas daun pisang yang kering,Ayah menyuruh aku pulang ke rumah via Kak Irma.Apabila dipanggil,hatiku ini menjadi lain semacam.Seolah-olah kesedihan menimpa.

26/5/2011.Approximate time: 3.00 p.m

Ayah meminta aku sedekahkan surah Ar-Ra'd kepada atuk aku sambil mengajar atuk aku mengucap syahadah.Sambil membaca,aku melihat wajah atuk semakin pucat.Adakah masa atukku sudah tiba? Aku cuma berserah kepada-NYA sahaja.

26/5/2011.Approximate time: 3.30-7.00 p.m

Hampir semua family sudah sampai ke rumah atukku.Everyone there sedekahkan yaasin dan beberapa ayat-ayat Al-Quran kepada atukku.Ada yang mengajar mengucap termasuk diriku juga.

26/5/2011 Approximate time:7.30-7.45 p.m

Setelah solat maghrib,Ayahku dan pakcik-ku ajar mengucap lagi sekali.Kali ini,baru aku sedar Allah S.W.T lebih menyayangi atuk ku lalu memanggil Malaikat Izrail mencabut nyawanya.Kerana takut,aku memaling wajah aku ke arah lain kerana buat pertama kali aku melihat depan mata bagaimana sakitnya menghadapi mati.

26/5/2011.7.45 p.m

Atukku telah menghembuskan nafasnya yang terakhir bagi menghadap Yang Maha Agung.Perasaan sedih menusuk dihatiku namun sebagai hamba-Nya yang masih hidup,aku kena teruskan hidup ini.Yang pergi tetap pergi,yang hidup kena teruskan hidup sebagai khalifah di muka bumi ini.



26/5/2011 merupakan detik sedih bagi hidup aku.Aku kehilangan datuk yang ku sayangi.Banyak kenangan yang aku x pernah lupakan.Ketika aku demam,dia concern.Semasa aku masih budak kecil,pernah sekali dia bermain bola bersama adik-beradikku.Moga-moga roh Atuk aku dicucuri rahmat oleh Allah s.w.t.

Semasa talkin dibaca oleh tok Imam masjid,Insya-Allah aku akan ingat sampai bila-bila ayat ni."MATI itu BENAR".

Aku akhiri post ini dengan video by Anwar Hadi.Buang yang keruh ambil jernih daripada video ini.