Akram Nordin
Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Kali ni saya nak share sebuah novel yang saya baca setelah membeli novel tersebut di Book Fair pada hari Sabtu (30/4/2011) yang lalu.Novel yang berjudul Perang Khaibar karya Abdul Latip Taib sangat memberi pengajaran tentang salah satu kisah dalam sirah Rasulullah S.A.W yang kita hampir atau betul-betul sudah kita lupa pada zaman sekarang.


Tahukah anda?


Perang Khaibar berlaku dalam masa gencatan senjata ketika termeterainya Perjanjian Hudaibiyyah di antara Kaum Muslimin di Madinah yang di wakili oleh Rasulullah S.A.W dan Kaum Quraisy di Mekah.

Setelah berakhirnya Perang Khandaq atau Perang Ahzab, kaum lelaki Yahudi Bani Quraizah telah dihukum bunuh akibat pengkhianatan terhadap penduduk Madinah.Kaum Yahudi Bani Nadhir pula tidak berpuas hati dengan kekalahan yang dihadapi lalu meminta bantuan kaum Yahuni di Khaibar untuk menyerang semula kota Madinah.Namun begitu,berita tersebut telah sampai ke pengetahuan Rasulullah S.A.W.Rasulullah S.A.W telah mengarahkan 1600 tentera untuk bersiap sedia ke Khaibar yang dipimpin oleh Rasulullah S.A.W.

Setelah tibanya di Khaibar, Saidina Ali r.a telah diberi amanat oleh Rasulullah S.A.W sebagai pemegang panji peperangan tersebut.Khaibar merupakan kubu kuat kepada kaum Yahudi di Tanah Arab.Ia dikatakan oleh kaum Yahudi bahawa kota tersebut mengambil masa bertahun-tahun untuk ditawan.Kota tersebut mempunyai beberapa benteng yang perlu ditembusi serta mempunyai senjata berbahaya iaitu manjaniq(trebuchet) pada zaman tersebut.
Walaubagaimanapun dengan kuasa Allah S.W.T,setiap benteng telah ditawan dan umat Islam menang dalam peperangan dengan casualties yang kurang.

Setelah Khaibar ditawan,kaum Khaibar telah meminta kepada Rasulullah S.A.W untuk keluar dari Khaibar sehelai sepinggang tetapi atas keperibadian Rasulullah S.A.W yang mulia,Baginda memberi mereka menetap di Khaibar dengan syarat penduduk khaibar perlu separuh daripada hasil pendapatan kepada umat Islam.Selepas daripada itu, novelis menceritakan misi kedamaian Rasulullah S.A.W ke kampung-kampung kaum Yahudi yang lain.

Novel ini berakhir dengan kisah Khalid bin Al-Walid menerima hidayah daripada Allah untuk memeluk agama Islam setelah melihat keperibadian Rasulullah S.A.W ketika Baginda menunaikan umrah di Mekah.

Banyak pengajaran yang telah dapat ketika membaca novel ini antaranya ialah sifat pemaaf Rasulullah S.A.W ketika berakhirnya perang Khaibar,strategy yang bijak dan kebergantungan kepada Allah S.W.T dalam keadaan yang terdesak.

Saya akan me'rate'kan novel ini 10/10 kerana susunan perkataan yang boleh difahami dan jalan cerita yang menarik.Kepada sesiapa yang belum beli lagi,belilah dan anda boleh mengetahui betapa indahnya keperibadian Rasulullah S.A.W.
Labels: edit post
0 Responses

Post a Comment